Jarak antara hotel ke perkarangan Masjidil Haram iaitu berbeza bagi setiap pakej. Pakej umrah Standard berjarak 250 – 350 meter, Pakej umrah Selesa berjarak 150meter dan pakej umrah Istimewa berjarak 50 meter.
2. Apakah pakej umrah yang ditawarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours?
Pakej umrah yang kami tawarkan adalah Standard, Selesa dan Istimewa.
3. Adakah harga, tarikh dan atur cara akan berubah?
Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tetapi Al Masyhur International Travel & Tours akan menghubungi jemaah sekiranya terdapat perubahan tarikh dan harga. Manakala untuk atur cara tidak akan berubah, kecuali hari lawatan berkemungkinan akan berubah mengikut kesesuaian.
4. Perubahan harga pakej umrah mengikut pertukaran semasa mata wang asing?
Harga semua pakej yang ditawarkan di dalam laman sesawang Al Masyhur International Travel & Tours ini adalah mengikut nilai mata wang Ringgit Malaysia (MYR) semasa. Oleh kerana kadar nilai mata wang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain mata wang yang berkaitan, harga pakej kami boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian mata wang asing tersebut. Al Masyhur International Travel & Tours berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.
5. Bolehkah warganegara Singapura mengikuti pakej umrah Al Masyhur International Travel & Tours?
Boleh dengan bayaran tambahan sebanyak SGD 150/pax tertakluk kepada kelulusan dari Kedutaan Arab Saudi di Singapura.
6. Berapakah potongan harga untuk kanak - kanak?
Jenis |
Bilik 5/6 |
Kanak – kanak berkatil (kurang dari 12 tahun) |
Potongan RM 500 |
Kanak – kanak tidak berkatil dan tiada makanan (kurang daru 4 tahun). |
Potongan RM 1000 |
Kurang dari 2 tahun |
RM 2000 sahaja (Umrah) @ RM 2500 sahaja (Umrah Ziarah) |
7. Apakah perbezaan antara pakej umrah Standard, Selesa dan Istimewa?
Perbezaan antara ketiga – tiga pakej tersebut adalah jarak hotel di Makkah dan jumlah bilangan Jemaah dalam satu bilik (standard & selesa: 5/6 orang sebilik | istimewa: 4 orang sebilik).
8. Nama hotel dan jarak hotel?
Rujuk info penginapan atau rujuk website: www.almasyhurtravel.com
9. Bilakah kami boleh menerima cenderamata?
Selepas membuat bayaran penuh, cenderamata akan diberi semasa kursus umrah atau jemaah boleh datang ke pejabat Al Masyhur International Travel & Tours di Kempas, Johor atau Kajang, Selangor (tempat mendaftar).
10. Berapakah orang sebilik?
Jemaah akan berkongsi bilik bersama jemaah yang lain-lain iaitu secara berkumpulan lelaki bagi jemaah lelaki dan berkumpulan perempuan bagi jemaah perempuan yang kebiasaannya 5/6 orang sebilik bergantung kepada saiz bilik hotel.
11. Bolehkah saya berkongsi bilik hanya dengan keluarga saya? Jika dua orang atau 3 orang sebilik?
Terdapat bayaran tambahan jika kurang dari 5 orang sebilik. Jika keluarga Encik/Puan lebih daripada 5/6 orang, kami akan cuba untuk memberi 1 bilik yang sama. Namun, ini juga bergantung kepada kecukupan bilik untuk keluarga Encik/Puan serta jemaah-jemaah lain. Tertakluk kepada keputusan pengurusan Al Masyhur International Travel & Tours.
12. Mutawwif / ketua rombongan
Ketua rombongan merupakan orang Malaysia yang akan bersama jemaah sepanjang berada di sana. Manakala, mutawwif akan membimbing jemaah semasa lawatan dan umrah (3x).
13. Berapakah jumlah deposit dan bila saya perlu membuat bayaran penuh?
Pakej |
Standard |
Selesa |
Istimewa |
Umrah Ziarah |
Badal Haji |
Deposit - semasa membuat pendaftaran |
RM 500 |
RM 1,000 |
RM 1,000 |
- |
|
Bayaran penuh |
45 hari sebelum penerbangan (paling lewat 30 hari sebelum) |
semasa pendaftaran |
14. Jika saya telah membuat pembayaran penuh, tetapi permohonan visa tidak berjaya?
Pulangan harga pakej akan dibuat setelah di tolak segala kos-kos yang telah dikenakan oleh pihak penerbangan, penginapan dan lain-lain atas budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours.
15. Tempoh pembatalan dan cas dikenakan jika pembatalan dibuat oleh jemaah:
TEMPOH |
CAJ PEMBATALAN |
Lebih atau 45 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan |
Deposit pakej tidak dipulangkan |
36-44 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan |
35% daripada harga pakej |
16-35 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan |
50% daripada harga pakej |
08-15 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan |
75% daripada harga pakej |
07 hari bekerja atau kurang dari tarikh perlepasan |
100% daripada harga pakej |
16. Bagaimanakah penyediaan makanan di Makkah dan Madinah?
Penyediaan makanan di Makkah bagi pakej umrah standard dan selesa ialah buffet catering manakala pakej umrah istimewa buffet di hotel. Semasa di Madinah, buffet catering bagi kesemua pakej.
17. Berapakah jarak hotel di Madinah ke Masjid Nabawi?
Bagi pakej umrah standard dan selesa ialah 100 - 120meter manakala pakej umrah istimewa ialah 50 meter.
18. Berapakah had bagi satu-satu kumpulan umrah?
Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 45 orang, jika lebih kumpulan akan di bahagikan kepada 2 kumpulan atau lebih.
19. Apakah pakej umrah lain yang disediakan?
Ya, kami ada menyediakan pakej umrah ziarah Paris-London, Cairo-Iskandariah, Dubai dan Turkiye (Istanbul-Bursa).
20. Berapakah tempoh berada di Makkah dan Madinah?
Penginapan di Makkah dan Madinah bergantung kepada pakej umrah Standard, Selesa dan Istimewa.
21. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis
- Passport Original (sah laku dari tarikh penerbangan balik) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).
- Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa)
- 2 keping gambar berukuran passport berlatar belakang warna biru ukuran 3cm X 5cm.
- Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 5 tahun.
22. Maklumat tambahan bagi ziarah Baitulmaqdis
Bagi pendaftaran umrah ziarah Baitulmaqdis, salinan passport perlu diserahkan awal kerana visa Israel perlu dibuat dalam tempoh 45 hari.
Pendaftaran terakhir boleh dibuat 35 hari bekerja sebelum penerbangan dengan menyerahkan bayaran penuh, salinan passport dan dokumen tambahan.
55 hari sebelum penerbangan |
50 hari sebelum penerbangan |
45-40 hari sebelum penerbangan |
Pendaftaran + Deposit RM 1,000 |
Bayaran Penuh + Salinan passport |
Penyerahan dokumen tambahan |
23. Harga pakej umrah Al Masyhur International Travel & Tours termasuk:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi.
- Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Menguruskan permohonan Visa Umrah/Pelancong bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses pengesahan dokumen permohonan di Jabatan Pendaftaran Dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
- Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan atur cara terakhir.
- Lawatan-lawatan seperti di dalam surat pengesahan atur cara (kecuali Ziarah Pilihan).
- Umrah 3 kali bersama mutawwif.
- Beg bersaiz besar beroda, beg bersaiz sedang beroda (hand carry) dan beg silang kecil serta buku panduan umrah. (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
- Insurans berkumpulan
- Setiap jemaah (kecuali bayi berumur bawah 2 tahun) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Al Masyhur International Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.
- Porter di Makkah dan Madinah.
24. Harga pakej umrah Al Masyhur International Travel & Tours tidak termasuk:
- Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan).
- Bayaran lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar mata wang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan / atau surcaj bahan api.
- Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
- Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.
- Bayaran visa tambahan SR2000.00 sekiranya dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.