Tempat Ziarah Di Madinah


Masjid Quba’

Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sewaktu beliau berhijrah dari Makkah ke Yathrib (nama lama/asal untuk bandar Madinah). Terletak lebih kurang 5-7km dari pusat bandar Madinah. Terdapat hadis soheh yang mafhumnya sesiapa yang berwudhu dari rumah dan pergi ke Masjid Quba' serta bersolat 2 rakaat di dalamnya, akan mendapat pahala satu umrah.

 

Ladang Kurma

Anda boleh merasai pelbagai jenis gred kurma dan menikmati kenakkan manisan yang diperbuat daripada kurma.

 

Jabal Uhud

Bukit Uhud dan perkuburan syuhada' Uhud di mana peperangan Uhud berlaku dan ramai sahabat yang syahid.

 

Masjid Qiblatain

Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.


Did you find this article useful?