Tips Persediaan Ibadah Umrah dan Haji


Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:


PEMERIKSAAN KESIHATAN

Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

 

LATIH DIRI UNTUK DATANG KE MASJID DI TEMPAT KITA TINGGAL

Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid. Jika terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…InsyAllah.
 

PERBANYAK SOLAT SUNAT

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita. Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

 

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

 

MEMBACA BUKU-BUKU BERKENAAN IBADAH UMRAH, KEADAAN MADINAH DAN MAKKAH

Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

  

LATIHAN FIZIKAL

Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 – 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana.

 

KEPERLUAN UMRAH

Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

Bagi Lelaki

BARANGAN KUANTITI
Kain ihram 2
Tali pinggang 1
Baju melayu 2
Baju biasa (t-shirt) 4
Singlet berlengan dan berzip 4
Kain pelikat 4
Seluar panjang 2
Tuala kecil 1
Stoking 2
Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) 1
Kasut biasa (lembut) 1
Buku doa (kecil) & surah yassin 1
Penyangkut baju 5
Sarung beg/jaring 1
Set gantung kecil, pengetip kuku 1
Beg sejadah kecil 1
Uncang kasut 1
Alat cukuran 1
Alatan mandian 1
Krim bibir dan tumit 1
Marker pen (jika perlu) 1
Telefon bimbit & charger 1
Kamera 1
Ubat-ubatan (ubat batuk/sakit tekak/strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c)


Bagi Perempuan

BARANGAN KUANTITI
Telekung sembahyang 4
Mini telekung 2
Baju kurung 3
Jubah biasa 3
Baju tidur dan seluar panjang 2
Stoking tawaf & saie (bertapak tebal) 3
Stoking biasa 3
Tuala kecil 1
Sarung tangan 3
Jubah seluar
2
Singlet berzip (untuk keselamatan)
2
Buku doa (kecil) & surah yassin
1
Penyangkut baju 5
Sarung beg/jaring 1
Set gantung kecil, pengetip kuku 1
Beg sejadah kecil 1
Uncang kasut 1
Alat cukuran 1
Alatan mandian 1
Krim bibir dan tumit 1
Marker pen (jika perlu) 1
Telefon bimbit & charger 1
Kamera 1
Pakaian dalam wanita yang secukupnya
Ubat-ubatan (ubat batuk/sakit tekak/strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c)

Nota:
  1. Jangan masukkan barangan logam, cecair yang melebihi 100ml/gm ke dalam beg galas atau beg yang dibawa bersama ke dalam pesawat. Anda dikehendaki untuk memasukkan ke dalam beg pakaian.
  2. Digalakkan menanda beg besar dengan reben pengenalan berwarna atau mengantung gambar sendiri.

Did you find this article useful?



  • Tempah Ziarah Di Makkah

    Kaki Gunung Jabal Thur Sebuah gunung yang tertinggi antara gunung-gunung yang berada disekitar Makkah. Dilereng puncaknya terdapat Gua Thur yang pern...

  • Tempat Ziarah Di Madinah

    Masjid Quba’ Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sewaktu beliau berhijrah dari Makkah ke Yathrib (nama lama/asal untuk bandar Madinah). ...

  • Syarat Pendaftaran & Permohonan Visa Umrah

    Cara untuk mendaftar umrah bersama Al Masyhur International Travel & Tours: 1. Jemaah perlu mengisi borang pendaftaran Umrah dengan lengkap sepert...

  • Persoalan dan Jawapan Mengenai Pakej Umrah

    1. Kenapa setiap pakej umrah mempunyai harga yang berbeza?Jarak antara hotel ke perkarangan Masjidil Haram iaitu berbeza bagi setiap pakej. Pakej umra...

  • Jadual Kursus Umrah 2018 / 2019

    Senarai Tarikh, Tempat dan Penceramah Kursus Umrah bagi sesi 2018/2019 Tarikh Tempat Penceramah 13 Oktober 2018 Masjid Bandar Permas Ja...