Kaki Gunung Jabal Thur
Sebuah gunung yang tertinggi antara gunung-gunung yang berada disekitar Makkah. Dilereng puncaknya terdapat Gua Thur yang pernah menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama sahabatnya Abu Bakar dalam perjalanan mereka untuk berhijarah ke Madinah.
Arafah-Jabal Rahmah
Padang Sahara yang agak luas, dikelilingi oleh bukit-bukit, jaraknya dari Makkah adalah 25 kilometer. Sisinilah tempat untuk mengerjakan wukuf iaitu puncak ibadat haji. Dari tempat ini boleh dilihat Jabal Rahmah yang dipuncaknya terdapat tugu putih, tempat dimana pertemuan nabi adam dan hawa selepas terpisah selama 400 tahun.
Mina
Disini terdapat tiga jamrah (tempat melontar untuk Jemaah haji) iaitu Jamratul Ula, Jamratul Usta Dan Jamratul Aqabah. Jamrah-jamrah ini ialah temapt Nabi Ibrahim A.S melontar syaitan semasa Nabi Ibrahim A.S hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S
Masjid Ja’ranah - Miqat Umrah
Ja'ranah merupakan salah satu tempat miqat sekiranya kita hendak mengerjakan umrah. Diberitakan rasullullah s.a.w. bermiqat dari sini dan pahala umrah bermiqat di sini menyamai pahala 7 kali umrah.
Ladang Unta
Di sana anda boleh merasai keenakan susu unta yang segar hanya yang dijual sebotol 500 ml SR5.
Masjid Hudaibiyah - Miqat Umrah
Masjid tersebut telah dibina untuk mengingati peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.
Muzium Kaabah (Jika Mendapat Kebenaran)
Di dalamnya mempamerkan bangunan dan komponen-komponen yang berkaitan dengan Masjidil Haram.