Persoalan dan Jawapan Mengenai Pakej Umrah


1. kenapa harga berbeza bagi setiap pakej?

Jarak antara hotel ke Masjidil Haram iaitu pakej umrah standard 250 – 350 meter, umrah selesa 150 meter dan umrah istimewa 50 meter.

2. Apakah pakej umrah yang ditawarkan oleh AMI Travel?

Standard, selesa dan istimewa

3. Adakah harga, tarikh dan aturcara akan berubah?

Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tetapi AMI  Travel akan menghubungi jemaah sekiranya terdapat perubahan. Aturacara tidak berubah, kecuali hari lawatan berkemungkinan akan berubah mengikut kesesuaian.

4. Perubahan Harga Pakej Mengikut Pertukaran Matawang Asing

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. AMI Travel berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

5. Bolehkah warganegara Singapura mengikut Pakej Umrah AMI Travel

Boleh tetapi dengan bayaran tambahan sebanyak SGD 150/pax tetapi tertakluk kepada kelulusan dari Kedutaan Arab Saudi di Singapura.

6. Berapakah potongan harga untuk kanak – kanak?

Jenis

Bilik 5/6

Kanak – kanak berkatil

-

Kanak – kanak tidak berkatil

RM 300

< 4 tahun (tiada katil)

RM 500


7. Apakah perbezaan antara pakej standard, selesa dan istimewa?

Perbezaan antara ketiga – tiga pakej tersebut adalah jarak hotel di Makkah dan jumlah bilangan Jemaah dalam satu bilik (standard & selesa: 5/6 orang sebilik | istimewa: 4 orang sebilik)

8. Nama hotel dan jarak hotel?

Rujuk info penginapan atau rujuk website: www.almasyhurtravel.com

9. Bilakah kami akan menerima cenderamata?

Selepas membuat bayaran penuh dan cenderamata diberi semasa kursus umrah atau jemaah boleh datang ke pejabat AMI Travel di Johor Bahru atau Bandar Baru Bangi (tempat mendaftar).

10. Berapa orang sebilik?

Anda akan berkongsi bilik dengan Jemaah lain iaitu kumpulan lelaki bagi Jemaah lelaki dan kumpulan perempuan bagi Jemaah perempuan yang kebiasaannya 5/6 orang sebilik bergantung kepada saiz bilik.

11. Bolehkah saya berkongsi bilik hanya dengan keluarga saya? Jika dua orang atau 3 orang sebilik?

Terdapat bayaran tambahan jika kurang dari 5 orang sebilik. Jika keluarga encik/puan lebih dari 5/6, kami akan cuba untuk memberi 1 bilik. Namun, ini juga bergantung kepada kecukupan bilik untuk keluarga encik/puan serta jemaah lain. Tertakluk kepada keputusan pengurusan AMI Travel. 

Jika encik/ puan ingin berkongsi hanya dua atau tiga orang sebilik. Terdapat tambahan harga :

 

Pakej

4 orang sebilik

3 Orang Sebilik

2 Orang Sebilik

    Standard

RM 100

RM 300

RM 700

Selesa

RM 100

RM 400

RM 800

    Istimewa

-

RM 400

RM 900


12. Mutawwif / ketua rombongan

Ketua rombongan merupakan orang Malaysia yang akan bersama sepanjang berada di sana. Manakala, mutawwif yang akan membimbing anda semasa lawatan dan umrah (3x).

13. Berapa jumlah deposit dan bila saya perlu membuat bayaran penuh

Pakej

standard

Selesa

Istimewa

Umrah Ziarah

Badal Haji

Deposit - semasa membuat pendaftaran

RM 500

RM 1,000

RM 1,000

-

Bayaran penuh

45 hari sebelum penerbangan (paling lewat 30 hari sebelum)

semasa pendaftaran


14. Jika saya telah membuat pembayaran penuh, tetapi permohonan visa tidak berjaya?

Pulangan harga pakej akan dibuat setelah di tolak segala kos-kos yang telah dikenakan oleh pihak penerbangan, penginapan dan lain-lain serta budi bicara AMI Travel.

15. Tempoh pembatalan dan cas dikenakan jika pembatalan dibuat oleh jemaah

Lebih atau 45 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan

Deposit pakej tidak dipulangkan

36-44 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan

35% daripada harga pakej

16-35 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan

50% daripada harga pakej

08-15 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan

75% daripada harga pakej

07 hari bekerja atau kurang dari tarikh perlepasan

100% daripada harga pakej


16. Bagaimanakah penyediaan makanan di Mekah dan Madinah?

Penyediaan makanan di Mekah bagi umrah standard dan selesa ialah buffet catering manakala umrah istimewa buffet di hotel. Semasa di Madinah, buffet catering bagi kesemua pakej

17. Berapakah jarak hotel di Madinah ke Masjid Nabawi?

Bagi umrah standard dan selesa ialah 100 - 120 meter manakala umrah istimewa ialah 50 meter.

18. Berapakah had bagi kumpulan umrah?

Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 30 – 45 orang, jika lebih kumpulan akan di bahagikan kepada 2 kumpulan atau lebih.

19. Apakah pakej umrah lain yang disediakan?

Umrah ziarah Amman & Baitulmaqdis dan umrah Cairo

20. Berapakah tempoh berada di Mekah dan Madinah?

Penginapan di Mekah 5 malam dan Madinah 4 malam

21. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis

  • Paspot Original dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang)
  • Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa)
  • Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.

22. Maklumat tambahan bagi ziarah Baitulmaqdis

Bagi pendaftaran umrah ziarah Baitulmaqdis, salinan passport perlu diserahkan awal kerana visa Israel perlu dibuat dalam tempoh 45 hari.

Pendaftaran terakhir boleh dibuat 35 hari bekerja sebelum penerbangan dengan menyerahkan bayaran penuh, salinan passport dan dokumen tambahan.

55 hari sebelum penerbangan

50 hari sebelum penerbangan

45-40 hari sebelum penerbangan

Pendaftaran + Deposit RM 1,000

Bayaran Penuh + Salinan passport

Penyerahan dokumen tambahan


23. Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg besar beroda, beg sedang (hand carry) dan beg silang kecil & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
  • Insurans berkumpulan
  • Setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun AMI Travel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.
  • Porter di Makkah dan Madinah

24. Harga Pakej Tidak termasuk:

  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)
  • Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Bagi Pakej Umrah Ziarah Amman, tidak termasuk caj transit visa Amman (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Jordan)
  • Bayaran visa tambahan SR2000.00 sekiranya dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi. 

Did you find this article useful?



  • Tempah Ziarah Di Makkah

    Kaki Gunung Jabal Thur Sebuah gunung yang tertinggi antara gunung-gunung yang berada disekitar Makkah. Dilereng puncaknya terdapat Gua Thur yang pern...

  • Tempat Ziarah Di Madinah

    Masjid Quba’ Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sewaktu beliau berhijrah dari Makkah ke Yathrib (nama lama/asal untuk bandar Madinah). ...

  • Tips Persediaan Ibadah Umrah dan Haji

    Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah: PEMERIKSAAN KESIHATAN Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyelu...

  • Syarat Pendaftaran & Permohonan Visa Umrah

    1. Bayaran DEPOSIT (SETIAP seorang) untuk pendaftaran2. Bayaran harga penuh pakej (45 hari sebelum tarikh berlepas)3. Mengisi borang pendaft...

  • Jadual Kursus Umrah 2018 / 2019

    Senarai Tarikh, Tempat dan Penceramah Kursus Umrah bagi sesi 2018/2019 Tarikh Tempat Penceramah 13 Oktober 2018 Masjid Bandar Permas Ja...