Kenapa Perlu Pakej Berkumpulan? Ubah ke 'Private Package' !


Siapa cakap ‘private package’ mahal?

Tolong lahh...

Tukar style melancong anda!
Tukar style melancong anda!
Tukar style melancong anda!

#AMItravel telah berjanji untuk tawarkan pakej terbaik untuk anda! Dan seharusnya ‘private’ !

Kenapa kami suka kalau pelanggan kami membeli private package dengan kami? Betul nak tahu?

Meh sini cikna nak cerita…. (lama tak guna nickname cikna sejak kes dgn #y## - bukan nama sebenar) hahahaha

  1. Rasa mesra lebih mesra dan lebih best

Kalau family korang dah 6 orang hingga ke 8 orang.. mesti kecoh tak ingat dunia kan jadi kalau lah bercampur dengan orang lain mesti kena control kan… control baik (hah! Tak mengaku lagi… :p) control bkan pelahap… control cun… control semualahhh… cikna tahu korang pon tahu apa yang kena control depan orang kan?

 

Tapi kalau korang melancong dengan family/ kawan atau geng yang memang dah biasa dengan korang mesti korang rasa best gila… yelaaa dorang dah biasa perangai gila korang kan.. #sisredha .. hahahaha

So nak gaduh manja pon takde siapa nak kisah.. lantak kau lahhh…

 

Dan nak tahu tak… lagi murah kalau ajak sedara mara korang… dapat harga lagi murah.. tapi jangan risau pakej kami 2 orang pon boleh pergi… #pakejmelancong2orangponboleh

 

  1. Tak lagi menunggu

 

Ni sangatlah betul… kalau lah ikut pakej berkumpulan tu, dah lahh dalam tu ada yang suka hilang, yang suka shopping tak ingat dunia, yang susah bangun pagi, yang nak ikut kepala angin dia, yang #kakigosip (cikna tahu semua yang baca ni baik kan :p) hahahaha…

 

So kalau korang holiday dengan family/geng/ sedara mara pon, kalau diorang lambat masih boleh tegur kan.. jangan lah maki.. kan tengah mood holiday ni.. hahahaha cuba bayangkan orang lain lambat? Gila kau nak tegur! Elak buat gaduh jee beb… yang suka hilang lagi pening, kerja orang nak tunggu dia jee…. Habis semua tempat tak pergi sebab mencari dia… Pernah rasa kan situasi tuu? Jadi sebab tu cikna jual murah jee pakej private kat korang… sebab nak korang enjoy masa holiday.. tak yah nak pening kepala sangat… #AMIjualpakejprivatemurah

 

Ok dahh.. penat menuggu korang.. (Tiba jee kan.. hahaha)

 

 

  1. Fokus! Fokus dan fokus…

 

#AMItravel akan sediakan satu aturcara lengkap yang korang wajib pergi dekat satu destinasi tu… tapi katakan lah nak skip tempat tuu.. lantak korang lahhh.. kami doakan korang bahagia jee kat sini. Sebab ni kan trip korang, sukati lahh..

 

Tapi cuba bayangkan pergi berkumpulan entah dengan siapa, korang dah lah tak suka shopping, lepas tu dia hilang dekat mall lepas tu masa nak sight-seeing pon sekejap jee. Apa korang rasa? Geram tak? Nak marah tak boleh… behave … behave…

 

Kalau nak ubah itinerary pon boleh.. tapi ubah jangan over pulak. Sampai nak pergi tempat jauh dua jam journey… agak agak tau.. hahahaha kena pandai lah pujuk driver dengan tour guide tuu…

 

Tapi kan compulsory shopping stop tu tak boleh lah skip.. tapi pergi pakej berkumpulan pon ada juga… sama juga kan.. tapi kejap jee jadi layan… hahahaha

 

  1. Sesuai sangat untuk family

Private package ni memang sesuai untuk korang yang ada anak kecil.. yelaa cikna risau juga kalau ada yang tak selesa dengan keluarga anda. Yelaa budak kecil kan boleh jee tiba tiba menjerit.. menangis lagi… bergaduh lagi dalam bas…  Macam krik krik lahh rasa bersalah tuuu kannn… hati kena kental beb!

Tapi kalau private, anak korang buat perangai? Korang hadap lahh tanpa perlu risau perasaan orang lain.. kann…

 

Ok dah lahh tu…

Banyak lagi sebenarnya tapi masa tak mengizinkan lahh. Sambung nanti lahh yee… tapi ni Cuma pandangan cikna. Korang janganlah kecam… harap boleh terima dengan hati terbuka.

 

Memang tak nafikan pakej berkumpulan ada yang sangat berbaloi dari segi harga tapi tak rugi jika melabur lebih sedikit asal keluarga korang happy! Dan selesa.. tak gitu? Tapi kami cikna pasti pakej #AMItravel murah weyh! Korang Tanya jee. Yang penting bagitau berapa orang.. tarikh tu semua…

 

 

WWW.AMITRAVEL.MY

 

NAK MELANCONG? KENA ADA STYLE!


Usha flickr kami: https://www.flickr.com/AMITRAVEL

 

 


Did you find this article useful?