Cara memohon visa china
Visa china ia mengambil 4 hari waktu bekerja tetapi dinasihatkan untuk membuat lebih awal untuk mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku seperti tidak diluluskan oleh pihak kedutaan.
- Single entry - Tempoh sah selama 3 bulan tetapi hanya boleh masuk sekali ke China
- Double entry - Tempoh sah selama 3 bulan tetapi hanya boleh masuk dua kali ke China
Contoh borang memohon visa china
Sila klik link dibawah untuk memuat turun borang visa china:-
http://almasyhurtravel.com/wp-content/uploads/sites/2/2015/06/China-Visa-Form-AL-Masyhur-Travel.pdf
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon
- Isi maklumat di borang yang disediakan dengan lengkap seperti diatas jikalau tiada cuma letakkan N/A atau NONE
2. Sediakan 2 keping gambar berukuran gambar pasport berlatar cerah atau putih (size : 48mm x 33mm)
3.Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
4. Salinan muka depan pasport pemohon.
5. Salinan tiket penerbangan anda ke China yang telah ditempah.
6.Sertakan satu salinan tempahan hotel atau tempah pakej ke China di Al Mashyur International Travel
Kami menawarkan pelbagai pakej-pakej yang menarik dan murah untuk anda. Cuma klik link dibawah untuk melihat pakej yang kami sediakan untuk anda:-
http://www.amitravel.my/travel/destination/china
7. Aturcara di China
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon berumur 18 tahun kebawah
1. Isi maklumat di borang yang disediakan dengan lengkap dan ditandatangani oleh ibu bapa
2. Sediakan 2 keping gambar berukuran gambar pasport berlatar cerah atau putih (size:48mm x 33mm)
3. Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
4.Salinan muka depan pasport pemohon.
5. Salinan surat beranak pemohon
6. Salinan pasport kedua ibu bapa